Pungutan pingat Sukan Komanwel 2010

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2010 adalah senarai negara yang disusun mengikut jumlah pingat emas dan jumlah semua pingat yang dimenangi oleh atlet mereka semasa Sukan Komanwel 2010, yang berlangsung di New Delhi, ibu negara India, dari 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010. Lebih kurang 6,081 atlet dari 71 negara bertanding dalam 17 sukan.Australia telah sekali lagi mengungguli pungutan pingat untuk kali keenam berturut-turut dengan 74 emas dan 177 pingat keseluruhannya. Manakala tuan rumah, India pula mendapat tempat kedua buat kali pertama[1] dengan pungutan 38 emas dan 101 pingat semuanya.